Rabu, 19 April 2017

Inilah Dosa Zina & Balasannya BANTU SHAER,,!!!

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Zina adalah maksiat kemaluan yang dihukum sebagai
dosa besar. Allah meletakkan maksiat zina sebaris dengan dosa-dosa besar yang lain seperti yang difirmankan dalam surah al-An'am ayat 151, yang bermaksud; "Katakanlah (wahai Muhammad); Marilah, supaya aku bacakan apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu jua pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan jangalah kamu hampiri al faahisyah (perbuatan keji), yang terang daripadanya dan juga yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak (dibenarkan syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu memahaminya."









Dan firmanNya lagi dalam surah al-A'raaf ayat 33, yang bermaksud; "Katakanlah (wahai Muhammad); Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan al faahisyah (perbuatan keji), sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti; dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya."

Para ulamak menafsirkan kalimah 'al faahisyah' sebagai perbuatan keji yang dirujuk kepada perbuatan maksiat kemaluan. Zina adalah maksiat kemaluan yang paling utama dilakukan manusia yang lemah imannya. Larangan melakukan zina dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah al-Israak ayat 32, yang bermaksud; "Janganlah kamu menghampiri zina, bahawasanya zina itu adalah maksiat yang sangat keji dan juga sejahat-jahat pekerjaan."

Allah bukan sahaja melarang hambaNya dari berbuat zina tetapi juga melarang kita semua dari menghampiri zina itu. Apakah yang dimaksudkan dengan jangan menghampiri zina? Ertinya kita dilarang dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjurus kepada perbuatan zina itu sendiri. Antara perkara-perkara yang akan menghampirkan kita dengan zina ialah maksiat-maksiat yang dilakukan oleh anggota tubuh atau pancaindera yang lain seperti maksiat mata, maksiat telinga, maksiat tangan, maksiat kaki dan seterusnya. Oleh kerana maksiat-maksiat ini akan menjerumuskan si pelaku kepada perbuan zina yang sebenar (maksiat kemaluan), ia dinamakan sebagai zina kecil.

Contoh-contah zina kecil;-
1) Zina mata
Ertinya memandang atau melihat sesuatu yang haram seperti wanita atau lelaki ajnabi dengan berlebihan, melihat gambar atau video yang memaparkan pendedahan aurat, menonton filem lucah dan sebagainya.

2) Zina telinga
Ertinya mendengar suara wanita yang merdu atau suara nyanyian yang mendatangkan rasa asyik.

3) Zina hidung
Ertinya menghidu sesuatu yang datang dari yang bukan mahramnya seperti seorang lelaki menghidu bau minyak wangi seorang wanita. (Maka itu haram atas seorang wanita berwangi-wangian ketika keluar dari rumahnya).

4) Zina tangan.
Ertinya bersentuhan antara lelaki dan wanita yang mahram atau menyentuh alat kelamin untuk melakukan mastubasi.

5) Zina kaki
Ertinya gunakan kaki untuk melangkah ke tempat-tempat maksiat yang boleh mendedahkan dirinya kepada maksiat zina seperti kelab-kelab malam.

6) Zina hati
Ertinya teringat-ingat sesorang yang bukan mahramnya dan berangan-angan bersetubuhan dengannya.

Ini adalah sebahagian dari zina-zina kecil yang diharamkan Allah. Melakukan zina-zina kecil ini ertinya kita telah menghampiri zina kemaluan itu sendiri. Maka untuk mengelakkan diri dari zina kemaluan hendaklah kita menjaga dan memelihara anggota tubuh dan pancaindera yang dikurniakan Allah dari melakukan maksiat.

Antara anggota tubuh dan pancaindera yang paling dekat dengan zina ialah mata dan hati. Maka jika kita hendak menjauhi maksiat zina kemaluan wajiblah kita memelihara mata dan hati kita dahulu. Mata dan hati mempunyai pertalian yang sangat kuat. Maka itu ada kekata 'dari mata turun ke hati'. Apa yang dlihat mata akan diingat oleh hati. Apabila hati sentiasa ingat (terkenang-kenang), keinginan (nafsu) akan datang. Apabila ada nafsu maka terjadilah zina-zina kecil yang lain. Maka cara untuk menhindari zina ialah dengan memelihara penglihatan mata. Jauhilah dari melihat yang haram supaya hati bersih dari mengingatinya.

Dari kata-kata Imam Ghazali ra; "Barang siapa yang tiada dapat memelihara kedua matanya nescaya tiada dapat ia memelihara kemaluannya. Dan barang siapa yang tiada kuasa memejamkan matanya nescaya tiada kuasa ia memelihara akan agamanya. Dan zina mata itu adalah sebesar-besar dosa kecil yang membawa kepada zina faraj."

Perintah untuk memelihara pandangan mata ditujukan kepada kedua-dua lelaki dan wanita Muslim. Perintah untuk para lelaki Muslim terdapat di dalam ayat 30 surah an-Nuur, yang bermaksud; "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada kaum Mukminin; tundukkan sebahagian dari pandangan mereka dan pelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih bersih buat mereka. Sesungguhnya Allah amat Mengetahui apa yang mereka

kerjakan."

Perintah Allah untuk kaum Muslimah pula terdapat dalam surah an-Nuur ayat 31, yang maksudnya; "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuanmu yang beriman, tundukkan dari sebahagian pandangan mereka dan pelihara kemaluan mereka..."

Dari kedua ayat tersebut, Allah mengaitkan pandangan mata dengan maksiat kemaluan iaitu untuk mengelakkan dari zina hendaklah tundukkan (menjaga) pandangan mata dari melihat yang haram. Dari mata turun ke hati. Hati adalah tempat Syaitan dan Iblis membisikkan hasutannya kepada manusia. Tutuplah peluang Syaitan dan Iblis itu dengan memelihara (menundukkan) pandangan mata. Tanpa melihat yang haram, hati tidak akan terkenang dan Syaitan pun tidak berpeluang untuk menghasut.

Balasan dosa zina

Balasan atau hukuman bagi dosa zina adalah sangat berat kerana zina merupakan satu dosa besar. Penzina akan menghadapi balasan di dunia dan balasan di akhirat kelak.

1) Balasan di dunia
Balasan yang disediakan untuk penzina ketika masih hidup di dunia ini ialah seperti berikut;-

Hukum hudud
Hukum hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan Allah. Hukum hudud hanya boleh dilaksanakan oleh negara Islam yang mempunyai sistem perundangan Islam (Syariah) yang sah. Hukum hudud bagi zina terbagi 2 iaitu:-

1) Untuk mereka yang pernah bernikah (muhsyan) dihukum direjam dengan batu-batu yang sederhana besarnya sehingga mereka mati.
2) Untuk mereka yang belum pernah bernikah (ghairu muhsyan) dihukum sebat 100 kali sebatan.

Hukum hudud bagi zina perlu kepada 4 orang saksi lelaki yang melihat perbuatan zina itu dengan mata sendiri. Jika kurang dari 4 orang saksi lelaki, maka hukum itu tidak boleh dilaksanakan. Sesiapa yang menuduh seorang perempuan itu berzina tetapi tidak mendatangkan 4 orang saksi lelaki, maka Allah perintahkan supaya orang yang menuduh itu disebat 80 kali sebatan dan kesaksiannya tidak boleh diterima buat selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa hukum hudud bagi zina tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya kerana ia adalah hukum yang sangat berat. Namun jika si pelaku zina itu bertaubat dan menjalani hukum hudud dengan reda, dia akan terlepas dari hukuman di akhirat kelak.

Pelaku zina yang hidup di negara yang tidak mempunyai perundangan hukum Islam seperti di Singapura (negara sekular), tetap boleh bertaubat tanpa menjalani hukum hudud. Zina adalah satu maksiat yang tersembunyi iaitu ia dilakukan tanpa ada saksi mata. Jika tiada seorang pun yang tahu tentang maksiat zina yang telah dilakukan, anggaplah ia satu hikmah dari Allah yang telah merahsiakan perbuatan itu dari pengetahuan orang lain. Janganlah dia mengaku telah berbuat zina kepada umum kerana itu samalah dengan mengaibkan dirinya sendiri sedangkan Allah telah menolong menutup aib itu. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha), memperbaiki dan menambah amal ibadah, beristighfar dan memohon keampunan Allah, Tuhan yang Maha Pengampun. Jika diterima taubatnya, dia akan terselamat dari balasan di akhirat kelak. Insya-Allah.

Hukum alam
Telah terbukti bahawa perlakuan zina mempunyai risiko mendapat penyakit kelamin. Antara penyakit kelamin adalah seperti berikut:-
1) Gonorrhea dan Chlamydia - disebabkan infeksi bakteria.
2) Herpes - disebabkan oleh virus.
3) Infeksi janur (kulat).
4) Syphilis - disebabkan bakteria.
5) Viginistis - disebabkan infeksi bakteria
6) AIDS / HIV

Yang pasti pasangan suami isteri yang sah nikahnya di sisi Allah swt tidak akan pernah dijangkit mana-mana penyakit kelamin pun.

Hukum Sosial
Orang yang beriman percaya bahawa jodoh adalah ketentuan Allah swt. Mungkin ada yang percaya bahawa diri merekalah yang memilih jodoh mereka sendiri. Sebenarnya Allah yang menentukan segala sesuatu termasuk jodoh seseorang itu. Dan Allah telah menetapkan bahawa seorang penzina akan dijodohkan hanya dengan seorang penzina juga.

Firman Allah dalam Surah an-Nuur ayat 3 yang bermaksud; "Lelaki yang berzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu adalah diharamkan bagi orang-orang yang beriman.

2) Balasan di akhirat
Balasan atau hukuman bagi orang yang berzina di akhirat kelak adalah sangat dahsyat dan amatlah mengerikan. Ini diterangkan Rasulullah saw dalam hadith Baginda yang bermaksud; "Sesungguhnya orang-orang yang berzina itu akan datang pada Hari Kiamat sama menyala faraj (kemaluan)nya dengan api. Mereka dapat dikenal di antara segenap makhluk, faraj mereka berbau, mereka diseret  atas muka mereka ke neraka.

Apabila mereka telah memasukki neraka itu, Malaikat Malik (penjaga neraka) akan memberi mereka pakaian baju dari api. Andaikata baju orang yang berzina itu diletakkan di atas gunung maka pastilah gunung itu akan menjadi abu. Kemudian Malaikat Malik berkata; "Wahai para Malaikat Zabaniyah (penyeksa api neraka), seterikakanlah mata para penzina itu dengan paku-paku dari api neraka, sebagaimana dahulu mata-mata mereka melihat kepada yang diharamkan. Ikatlah tangan-tangan mereka sebagaimana dahulu tangan-tangan mereka dipanjangkan untuk mengerjakan yang diharamkan. Dan ikat kaki-kaki mereka sebagaimana dahulu kaki-kaki mereka berjalan menuju ke tempat-tempat yang diharamkan."

Malaikat-Malaikat Zabaniyah itu lalu mengerjakan sebagaimana yang diperintahkan itu."

Sesungguhnya tidak dapat dibayangkan akan keadaan manusia jika diazab sedemikian rupa. Maka hendaklah kita berusaha sedaya upaya untuk menjauhi perkara-perkara yang akan mendekatkan diri kita kepada maksiat zina. Jaga dan peliharalah pancaindera (terutama mata) yang dianugerahkan Allah dari melakukan maksiat. Itulah cara yang terbaik untuk menghindari maksiat zina.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Inilah Dosa Zina & Balasannya BANTU SHAER,,!!!

0 komentar:

Posting Komentar